Sunday 29 July 2012

Blog Mereka Awesome 2nd Edition ?


Assalamualaikum wbt..:)



Hey guys ! Guess what ? What what what ? Hari ni mood aku ada rajin sikit nak wat entry..=D..K lah, b4 ni aku ada wat entry Blog Mereka Awesome ! kan ? So kali ni disebabkan aku rajin, *bajet sket =P* aku nak wat 2nd edition punye plus plus aku akan tambah review section untuk blog mereka yang terpilih..=D..Untuk memudahkan korang paham apa yang aku merepek pagi pagi ni, korang bolehla tengok contoh kat bawah ni..*sory Lyssa sbb mengreview blog anda yer =D*

1st : Printscreen blog anda akan dipertontonkan =)


2nd : Review Section

Blog Lyssa Faizureen sangat best kerana ;
  • Header dia sangat unik, comel (kucing tu yer) =D, n lain daripada yang lain
  • Lagu die best
  • Penuh dengan info2 berguna (tutorial)
  • Great blogger (korang mesti rase nak jengah blog die time after time) =)
3rd : Backlink disediakan untuk blog anda :)
Blog Lyssa Faizureen :)

So sape yang nak blog dia dipilih untuk entry Blog Mereka Awesome 2nd Edition ni syarat2 dia senang je beb..X payah nak copy banner bagai *aku mane de banner pon*, =D

Syarat2nya :

  • Korang just kene gtau apa yang korang suka/x suka kat blog aku ni kat ruangan comment bwh ni yer
  • Hanya 10 blogger yang terawal je k =)
p/s : Sory la kalau prntscreen tu mngganggu privacy korang, tapi just nak tolong promote je..nak join,join..tanak join pi main batu seremban jauh2..=P

K, lah..dats it..i'm waitingggg..cepat,cepat sape cepat dia dapat lerr..=D

*Nukilan @damTheWriter : 7.54 am 9th Ramadhan*



Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P

Sahabat Selamanya =)


Assalamualaikum wbt :)




Dua tiga kapal belayar di samudera 
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
kerna
Sahabat  untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
Oh oh
Barakit rakit kita ke hulu
Berenang renang kita ke tepian
Kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita
Menjadi
Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan Aku sahabat
Untuk selamanya
Selama lamanya
Setia
Tiada bukit yang terlalu tinggi 
Untuk kita daki bersama
dan tak ada laut yang terlalu dalam
untuk diselami
*sahabat sejati selalu didalam hati
keberadaannya selalu dinantikan
tutur katanya menenteramkan jiwa
teman dikala sunyi
teman berkongsi suka dan duka*
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Ohh..
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama lamanya
Untuk selama lamanya
Setia 
Setiaaa..
=)



*Lirik lagu Sahabat Selamanya Kumpulan Padi*


*Nukilan @damTheWriter : 5.49 am 8th Ramadhan*




Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P

Saturday 28 July 2012

Sabarlah duhai hati ;)


Assalamualaikum wbt..:)


Hati ini terlalu rapuh untuk menerima dugaanMu Ya Allah..Hati ini terlalu kecil untuk menanggung betapa besarnya dugaan ini..Hanya kepadaMu aku berserah Ya Allah..

Sabarlah duhai hati,,


Andai ini ketentuan Ilahi, aku terima dengan hati yang ikhlas..Tiada apa yang lebih baik dari suratan takdirMu..Jika aku meminta sesuatu, Kau tetapkanlah yang terbaik untukku Ya Rabb..

Sabarlah duhai hati,,


Sesungguhnya dugaanMu itu hanyalah kecil jika dibandingkan dengan dugaan yang dihadapi para Rasul Mu Ya Allah..Aku memohon hati ini lebih sabar dan kuat..

Sabarlah duhai hati,,


Hidup ini terlalu singkat untukku mencari cintaMu Ya Allah..Tapi aku tidak pernah mengalah untuk itu..Kau tetapkanlah imanku Ya Allah..kanku coretkan cintaku untukMu Ya Allah..

Sabarlah duhai hati,,


Andai Kau sayangi aku, ambillah aku dalam keadaan IslamMu Ya Allah..Aku tidak rela bertemu denganMu dalam keadaan kotor..Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah..

Sabarlah duhai hati,,


Aku bersyukur masih bernafas dalam duniaMu ini Ya Allah..Kuatkanlah semangatku,kuatkanlah hatiku untukku menerima segala dugaanMu Ya Allah..Hanya kepadaMu aku berserah..

Sabarlah duhai hatiku,,;(


*Nukilan @damTheWriter  : 10.08 pm 7th Ramadhan*



Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P

Friday 27 July 2012

Andai aku hidup lama ~


Assalamualaikum wbt..:)


Aku insan biasa tak pernah meminta lebih dalam hidup ini. Andai aku hidup lama, ini yang ku pinta.


Keampunan dan Keredhaan Allah s.w.t


Diberikan kesihatan yang baik agar dapat beribadah kepadaNya

Dimurahkan rezeki agar dapat meneruskan hidup


Dikurniakan isteri dan anak2 yang soleh dan solehah ;)


Dan akhir sekali dapat berbakti kepada kedua ibubapa / membalas jasa mereka walaupun mereka sudah tiada ;(


p/s: korang macam mana pulak ? ce kongsi ckit ;)

*Nukilan @damTheWriter : 2.50 p.m 7th Ramadhan*



Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P

Thursday 26 July 2012

Cinta kita Cinta Monyet ?


Assalamualaikum wbt :)

heyy..korg pose x arini? lau pose thumbs up tuk korg,same cam aku =)..Tapi kalau korg x pose make sure ada alsan yang kukuh k, bulan tengah merah ke, uzur ke, sakit ke..tu baru reason yang betul,bukan pening pale or demam tau..k lah, kali ni aku tanak cite pasal pose pon..aku nak berceloteh pasal cintaaaaa..=D..

Korang penah bercinta? *PENAH2! *XPERNAH2 ! -.-..k tape..sape yang pernah tu aku ada soalan tuk korg..yg x pernah tu sory la yer..naty klau korg rase2 nak bercintan cintun baru bley jwb soklan aku ni...=D..k soklan aku adalah, bagaimana yang dimaksudkan dengan 'i love u' atau 'aku cinta kamu' atau 'wo ai ni' atau 'aishiteru' bagi korang yang bercinta ni ? 


oooopp JAP ! aku ni tanya org aku x penah bercinta ke ? -.-..k finee..aku pon pernah ber'cinta'..kot..so disebabkan ni blog aku,aku la jwb dlu yer..*ceh,tye soklan sndri yg jwb..-.-..Bagi aku la kan, apa yang aku paham dengan perkataan 'aku cinta kamu' adalah perkataan itu hanya kita akan luahkan pada seseorang yang buat hidup kita miserable..what i mean is orang itu buat kita tidur tak mimpi, makan  tak minum, n mandi pon kering je..dia lah yang buat hari2 kita sentiasa ceria..bila kita tengok muka dia ataupun tengok gambar je la, kita akan rasa tenang je..bila ada dekat dengan dia kita akan rasa diri ni beruntung sangat..Biarpun dia tidak cantik,dia tidak hensem tapi perasaan bersyukur itu hadir dengan tiba2..Kita rasa bersyukur sebab mempunyai dia dalam hidup ini..

Yes aku memang pernah merasai perasaan tu..sangat2 bahagia..bagaikan x ad ape dalam dunia ni yang dapat menggantikan dia..siyesly k..ni based on true story tau..BUT that moment only came 4 a while in my chapter of life..sebab apa kenangan indah selalu sahaja datang sekejap dan kemudian ia pergi ? Hanya satu jawapannya iaitu ketentuan Ilahi..Kenapa Allah s.w.t membuat keputusan untuk membiarkan kita bahagia hanya seketika? sebabnya Allah nak kita tahu bahawa kebahagiaan abadi hanyalah boleh dikecapi di dalam syurga kelak..And how to get in there? Semestinya kita kena beribadah,sentiasa bersyukur dan sentiasa melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah olehNya..Tiada apa yang kekal di dalam dunia ini termasuklah kebahagiaan ber'cinta' itu..


Tapi kenapa wujudnya perkataan itu ? Betapa indah perkataan itu,tapi sayang sekali tidak digunakan..Cinta itu sememangnya wujud..Cinta para sahabat pada Rasulullah s.a.w, Cinta Siti Khadijah pada Rasulullah, Cinta Rasulullah pada Allah s.w.r..itu lah yang dinamakan cinta..Tapi kita  bukan Rasul yang sahabat nak cinta, kita bukan Siti Khadijah yang tergila2kan Rasulullah, Ye memang kita bukan Rasul Allah untuk mendapat tahap cinta seperti itu, tapi kita juga hamba Allah yakni kita umat Nabi Muhammad yang terakhir jadi kita harus mengikut cara-cara Nabi kita..apa yang dikatakan sunnah itu yang harus kita ikuti..Bagaimana tulusnya cinta Rasulullah pada isteri2 baginda, pada anak2 baginda..itulah cinta yang sebenar yang harus kita lakukan..

InsyaAllah akan diikut..Tapi apa maksud 'cinta' remaja masa kini ? Di zaman persekolahan,di universiti ? Tidak lain tidak bukan ya itulah CINTA MONYET ataupun cinta pura-pura..Selagi belum ada ikatan antara seorang Adam dan Hawa itu maka tiadalah istilah 'kapel' antara mareka..Perasaan yang wujud hanyalah dari dorongan nafsu muda dan gelak tawa syaitan yang hampir berjaya membawa pasangan ini ke lembah maksiat..Tetapi apabila Adam dan Hawa itu diijabkabulkan, maka menangis air mata darahlah syaitan itu kerana gagal memesongkan remaja ini daripada agama suci Islam..

*cinta Monyet =P..

Jadi moral of the story, xpayah la bercintan cintun ni..yang baru2 nak start tu pikirlah dua tiga kali sebelum buat keputusan..Buat solat sunat ke..mintak petunjuk dariNya..Korang kene ingat k yang tiada istilah 'kapel' dalam Islam..Ulama'2 juga telah menfatwakan yang kapel itu haram disisi Islam..Bak kata UAI, kalau korang suke kat seseorang tu, terus g jumpa mak ayah dia, mintak restu nak nikah..Untung2 terima terus dapat kawin ye dok? =D

*Nukilan @damTheWriter : 3.45 pm 6th Ramadhan*

Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan


Assalamualaikum wbt :)


Ramadan bulan mulia tiba lagi menjengah umat Muhammad di muka bumi ini. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat bulan yang penuh dengan barakah ini. Jadi apa checklist anda untuk bulan ini ? Harapnya anda juga tidak melepaskan peluang untuk berlumba-lumba mencari pahala yang tidak terkira banyaknya di bulan ini. Jom kita tengok checklist Ramadan ini yang mungkin berguna untuk anda di masa-masa akan datang =) 

Checklist Ramadan Saya : 


pic : mrgoogle =)

Since kita dalam bulan yang mulia ni, aku nak kita check balik amalan kita selama ini. Adakah amalan kita semuanya diterima Allah s.w.t ? Masya Allah, betapa kita sendiri tidak tahu sama ada amalan kita diterima atau pun tidak. Berapa banyak dosa / pahala yang telah kita lakukan ? Berapa banyak amal kebajikan yang telah kita lakukan ? Adakah itu semua cukup untuk menjadi bekal kita di hari perhitungan kelak ? 

Kalau sebelum ini kita masih belum berubah dari tabiat buruk kita, marilah kita sama-sama berubah. Tinggalkanlah apa yang buruk dan bukalah buku yang baru. InsyaAllah dipermudahkan. Kadan-kadang kita tidak sedar akan dosa yang kita lakukan dalam hari-hari yang kita lalui, Bagaimana kita melayan orang disekeliling kita yakn hubungan sesama manusia, hubungan kita dengan makhluk Allah yang lain, dan yang paling penting hubungan kita dengan Pencipta kita.

 'Leka' itu mungkin perkataan paling sesuai yang boleh digambarkan untuk kita pada zaman ini. 


pic : mrgoogle =)

Sentiasa leka dengan duniawi sehingga kita lupa akan akhirawi. Kadang-kadang kita terkejar-kejar akan pelajaran, pekerjaan, hiburan sehingga kita lupa yang itu semua hanya pinjaman semata-mata. Bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik nikmat itu semua daripada kita. Masih lagi mahu sombong dan tidak bersyukur ? Pernahkah kita membayangkan bagaimana kehidupan di negara yang agama kita yakni Islam ditindas? Negara yang mana hak sebagai manusia itu sendiri dinafikan, dan semata-mata kerana kekayaan dan politik, nyawa dipertaruhkan. Tidak lagi mahu bersyukur kita yang hidup di Malaysia ini ? Please dont take a thing for granted !. Jangan kita pernah cepat selesa dengan takuk ini. Kita kena move forward and save our ummah. Not only here but also hereafter. 

InsyaAllah bulan Ramadan ini kita boleh mengubah semua itu. Sentiasa mendoakan kesejahteraan sesama insan dan buangkanlah sifat dengki mendengki. Tidak ada faedahnya pon kita saling bermusuhan kerana itu hanya akan membawa kepada perpecahan ummah. Kalau dari zaman persekolahan pun budak-budak sekarang dah pandai mencarut-carut di fb atau twitter atau blog, apatah lagi yang meningkat dewasa? Bahasa melambangkan bangsa beb. Apa pandangan masyarakat luar terhadap sistem pendidikan anak-anak di negara Islam macam Malaysia ni ? Sudah tentu negatif dan kita tidak mahu semua itu. Kita mahu menjadi negara yang dipandang tinggi oleh masyarakat atau agama lain sebab kita negara Malaysia (negara yang majoritinya beragama Islam). 

Akhir kata, jadikanlah bulan ini sebagai platform untuk kita berubah ke arah lebih baik. Tapi jengan sekerat jalan je, raya kang back to basic. No no no. Biarlah kita tidak kaya di dunia tapi kita kaya amal untuk dibawa ke akhirat kelak. 

Salam Ramadan dari saya @damTheWriter =)


pic : mrgoogle =)





*Nukilan @damTheWriter  : 6.05 a.m 6th Ramadan*

Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P