Friday, 3 August 2012

Reminder today !


Assalamualaikum wbt..:)


Hey guys,,lama siot aku tak menaip..fuhh..agak kemalasan di bulan pose ni..huhu..Entri yang seblom ni pon aku x amek kesah sgt..haii..apa la nak jadi nie..So hari ni hari jumaat 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadhan 1433 H..*betulkan kalau salah yer..Macam mana dengan ibadah korang? Makin bertambah atau berkurang ? Hmm..Semestinya kita harapkan amalan kita semakin bertambah kan..

Alhamdulillah tadi semasa khutbah jumaat, aku dapat satu ilmu yang sangat berharga..Khatib ada beri perumpamaan tentang hidup kita dengan Al Quran..Jadi sebagai reminder for today, mari kita sama2 renungkan ayat atau perumpamaan ini.

"Setiap kali kita membeli barang elektrik atau seumpamanya, mesti kita akan disertakan sekali dengan manual penggunaan barang itu. Dan manual itulah yang membantu kita untuk menggunakan barang itu dengan baik. Tanpa manual itu, mungkin barang itu mudah rosak akibat penyalahgunaannya."
"Begitu juga dengan hidup kita, umat Muhammad S.A.W dibekalkan dengan Al Quran Nul Qarim sebagai manual panduan hidup ini. Tanpa Al Quran, maka akan huru haralah hidup kita dan mudah saja kita terjerumus ke perangkap syaitan laknatullah."
Jadi berdasarkan perumpamaan kat atas ni, aku nak rumuskan bahawa hidup kita ni xkan lengkap tanpa panduan dari Al Quran..Seperti mana kita ada tv HD 3D Beyond bagai, tapi kita tade manual penggunaannya. So boleh kita tengok tv tu?  Jelas sekali dalam AlQuran telah dinyatakan hukum hakam mengenai sesuatu perkara dan itulah yang seharusnya menjadi panduan kita dalam kehidupan seharian.

Namun apa yang terjadi pada hari ni sangatlah membimbangkan kita, hukum hakam seolah olah dijadikan permainan politik di negara luar mahupun negara kita. Para ulamak seolah2 ditolak tepi dalam memutuskan sesuatu keputusan. Tapi kita hanyalah insan biasa yg hnya mmpu berdoa dan percaya bahawa Islam akan bangkit suatu masa nanti.

Aku tertarik dengan satu komik pendek dari page facebook mfribnmukhtar ni :


=) 

So tu saje tuk reminder for today..Lain kali aku menaip lagi k..Jangan rindu aku sudah lerr..:p Salam

*Nukilan @damTheWriter : 4.06 pm 15 Ramadhan*

Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P

7 comments:

  1. betul2, nice posting :), kadang2 gajah depan mata pun kita tak nampak

    ReplyDelete
  2. Nice sharing, keep writing. hehe =D

    http://thenurulee.blogspot.com/2012/08/firecrackers-consumer-be-consider-please.html

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum. nice blog.& nice posting :))

    ReplyDelete