Saturday, 30 June 2012

Peluang buat duit !


Assalamualaikum wbt :)


Join The Next Wave and search the film for hidden tunnels. Prove your hunger here.

Apa khabar readers2 sekalian ? Hope korg sihat2 saje la kan :) ..Sekarang ni saya berada di rumah abang saya di Bandar Baru Bangi,sebab lusa ni ada kenduri kat kg saya di Sabak Bernam..So singgah2 dulu lepak2 umah dia..heee..kat umah dia ni unifi tersangat lah lajukan,so rugi la lau xwat pape..hikhik..movie pon dah banyak sangat download ni..Dah xtau nak download cite ape..haha..K laah..tengok entri pon dah tau saya tengah melalut skunk ni..grrr..k2..sekarang nie kat Says,com ada 4 kempen yang tengah aktif..iaitu :

These guys are A-MA-ZINGGG! Bring the house down at Final Showdown 2012 @ KL Live! Bunkface, Hujan & Nidji di Konsert Gig Triple Play!Eating turtle eggs should be BANNED. Agree? Pledge here!




---> http://adameha.says.com/recommendations/8tv-showdown-2012 (6 days left )
---> http://adameha.says.com/recommendations/9tv-gig (1 day left )
---> http://adameha.says.com/recommendations/find-the-hidden-tunnels (12 days left )
---> http://adameha.says.com/recommendations/wwf-turtle-eggs ( 16 days left )

Haaa..banyak kan ? So korang ape tunggu lagi ? Lets grab this opportunities now !

Just click on one of the link above to register ! :)

Sekian dari saya,Assalamualaikum :)



Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P

Friday, 29 June 2012

Beza antara kawan lelaki dan kawan perempuan !


Assalamualaikum wbt :)


Wahh penatnya main futsal tadi..Tapi tape saya gagahkan jugak jari-jari ini untuk menaip entri ini..Hee..Sebenarnya dah lama nak cite pasal kawan laki atau pempuan ni tapi tu lah..Skg baru sampai seru..hee..Bagi readers2 sekalian saya ada satu soalan..

Antara kawan lelaki dan kawan perempuan yang mana lebih anda selesa dalam erti kata 'berkawan' ? 

Yelah,kawan nie ada macam-macam jenis kan..Kawan makan kawan lah,kawan sehidup sematilah,kawan sejati lah..So yang mana korang lebih selesa ? Bagi saya la kan,saya lebihhhhhhhhh suka berkawan dengan kawan lelaki..Ini bukan bermaksud saya BUYERS sebab saya sendiri lelaki..Nooo! Sebab saya adalah lelaki lebih memahami bagaimana yang dimaksudkan dengan 'berkawan'..Mungkin ada diantara anda yang tidak setuju dengan alasan saya,tapi takpeee..Anda xkene penjara pon sebab xsetuju dengan saya..Hee..Bagi saya semua orang ada pendapat mereka masing-masing kan..So xsalah anda xsetuju dengan saya..

Kawan lelaki ini mereka lebih simple dan easygoing..Mereka tidak berkira dengan kawan masing-masing tidak kisah lah kawan mereka lelaki atau perempuan..Jika kawan mereka ada masalah,merekalah yang akan tiba dahulu.. 

Saya ada seorang kawan perempuan yang bercerita tentang pengalaman dia dipulaukan oleh rakan2 perempuan dia..Sampaikan dia terpaksa menyewa rumah sewa sendirian makan minum dia juga tidak dijaga,nota-nota kelas juga pasti dia tidak dapat..Tapi disaat dia mengalami kesusahan seperti itu,kawan lelaki dialah yang sentiasa tolong itu,ini dan tidak pernah berkira walau apa jua keadaan..Sampaikan nota-nota kelas pon kawan lelaki dia yang sampaikan..Persoalannya dimanakah kwan2 perempuan dia yang lain ? Tipula kan kalau dia ada sikit kawan je..Xkan tade kawan2 pempuan lain yang simpati dengan nasib dia ? Hmm..first time saya dengar cite mcam ni,mcam2 yang saya fikir pasal kawan perempuan..Adakah mereka hanya pentingkan diri ? Apabila senang mereka bersama tapi apabila susah ? Dimanakah mereka ? 


Mungkin apa yang berlaku keatas kawan saya itu hanya satu dalam seribu..Mungkin perempuan-perempuan lain tidak begitu..Saya tidak menganggap semua perempuan itu sama,just sekadar ingin mengingatkan satu sama lain..Kita berkawan biarlah jujur dan ikhlas..Tidak kira lah kawan kita buat dosa besar mana pun kita mesti bersama mereka..Kita sebagai kawan yang patut bimbing dia dan bantu dia dalam kesusahan..

Banyak lagi sebenarnya yang saya dengar mengenai kisah kawan antara perempuan ni,tapi tape lah..Biarlah sebagai rahsia..:) Kalau dekat kolej tu,ada kita dengar kawan2 lelaki bergaduh pasal bilik ke,pasal kawan ke?Tade kan? hee..Bukan saya nak backup mana2 pihak,,Tapi itu kenyataan yang saya sendiri dah tengok selama saya bernafas 21 tahun ini..:)

Kesimpulannya hargailah persahabatan anda sekarang ini dan jangan sesekali kita mengkhianatinya..Ingat 'what goes around,must comes around' :)
Segala yang diceritakan diatas adalah untuk peringatan semata-mata..

Sekian.salam ukhuwah dari saya :)

Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P

Thursday, 28 June 2012

Bolehkah roh suami meniduri isterinya ?


Assalamualaikum wbt :)



InsyaAllah kali ini saya akan berkongsi dengan anda mengenai satu topik iaitu 'Bolehkah roh suami kembali meniduri isterinya' ? Mungkin topik ini untuk yang sudah mendirikan rumahtangga,tapi kita sebagai umat Islam wajib mengetahui bahawa roh yang sudah kembali ke rahmatullah tidak mungkin kembali ke alam dunia.Itu yang telah ditetapkan oleh Allah swt di dalam kitab suci Al-Quran.Artikel berikut telah saya dapati daripada laman web IslamItuIndah .Sama-sama kita kongsi ilmu ini. :)


Soalan: Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya ;

i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?

ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?

iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.

Hamimah Abdullah
Banting, Selangor.

Jawapan:

Puan,
Menjawab soalan pertama, di sini ada dua episod daripada soalan ini, pertamanya, mendatangi isteri setelah suaminya meninggal iaitu ‘tidur bersama’, mungkin berlaku sebagai suatu mimpi indah atau keduanya, benar-benar berlaku dalam keadaan sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya yang terdahulu.

Kalau berlaku itu atas nama mimpi, memanglah ia sesuatu yang mungkin, lebih-lebih lagi berlaku kepada isteri yang amat menyayangi suaminya yang telah pergi menemui Allah lebih dahulu daripadanya.

Adapun mendatangi isteri dalam maksud ia benar-benar sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya maka ini adalah tidak mungkin dan tidak boleh berlaku kerana orang yang telah meninggal telah berpindah ke alam baqa’ – alamul khulud – yang bermula daripada kubur.
Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),”Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia.”

Adapun yang berlaku setelah yang didakwa oleh banyak orang, khasnya kepada saya, puan mesti yakin bahawa itu bukanlah suami yang sebenar.

Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qareen. Qareen ini memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51 yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang menghadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen.

Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan.

Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami terdahulu.

Oleh sebab itu puan tidak seharusnya mempercayai bahawa ‘dia’ adalah suami puan, kerana suami puan yang sebenarnya telah kembali ke rahmatullah.

Mengenai soalan kedua, orang yang telah meninggal dunia, ruhnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.

Maka orang yang telah kembali kerahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42 yang bermaksud, “Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.”

Ayat al-Quran lain ada menyebut,
“Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat.”

Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).
Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.

Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.

Kepada soalan ketiga, pada saya orang yang telah meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Peninggalannya adalah peninggalan yang terakhir, sebab itu ia disebut kembali ke rahmatullah. Sama ada dia (si mati) berada dalam keadaan penuh dengan nikmat alam Barzakh yang bermula dari alam kubur, atau bermula dengan seksa kubur seperti yang sabit dalam nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib diimani adanya azab kubur.
Dalam kedua-dua keadaan ini, si mati sudah tidak mungkin akan kembali ke dunia ini kerana dia berada dalam alam Barzakh.

Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan ruh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.

Daripada pengalaman saya, ada juga yang medakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kununnya diambil daripada orang yang telah mati.
Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam.

Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan ruh, dalam istilah Arabnya disebut tanasuthil arwah – reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.

Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.

Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.
Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia.

Wallahu a’lam.

Dipetik dari kitab: “Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan – Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din”.


Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P

Program buat duit di Internet !


Assalamualaikum wbt :)


Join The Next Wave and search the film for hidden tunnels. Prove your hunger here.

Apa khabar readers2 sekalian..Harap anda semua sihat walafiat..:) Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda program buat duit yang berkesan di Internet !..

Ianya bukan scam,ianya bukan skim cepat kaya atau MLM,ianya juga bukan virus.Ia adalah program Says.com yang membolehkan kita mebuat kerja amal atau social work di internet.Cara-cara untuk join Says ini senang sahaja :

Anda hanya perlu ke laman web ini ---> www.says.com.my dan daftar dengan PERCUMA !

Selepas mendaftar anda dikehendaki untuk share salah satu kempen terbaru mereka dan kemudian anda SIAP ! untuk meenjana pendapatan sampingan..:)

Jadi apa tunggu lagi ? Masih ragu-ragu ? Anda boleh rujuk disini ---> Says.com boleh menjana wang dengan mudah ! untuk keterangan lanjut.

Sekian dari saya,jika ada pertanyaan sila tinggalkan comment anda :)

Eating turtle eggs should be BANNED. Agree? Pledge here!


Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P

Wednesday, 27 June 2012

Macam mana nak tambah followers kat twitter ?


Assalamualaikum wbt..:)


Dah lama tak bagi tips kat korang ni kan..Haa..Now saya nak bagi tips macam mana untuk kita tambahkan follower kat twitter !..Ada di antara kita yang tambah follower sebab nak 'famous' ! ada yang nak tambah kawan,ada yang nak buat duit,ada yang nak kongsi ilmu kan..So mungkin tips ini berguna untuk anda tambahkan followers anda..:) 

Langlah-langkahnya adalah :

1) Pergi ke laman web  Twiends.com dan daftar dengan percuma !


2) Macam mana twiends ni berfungsi ?

Mungkin anda kurang faham bagaimana dengan hanya mendaftar dengan twiends ini anda akan mendapat follower.Twiends sebenarnya menggunakan konsep kredit.Anda akan mendapat kredit apabila anda follow seseorang itu and vice versa apabila seseorang itu follow anda.

Info lanjut : MENGENAI TWIENDS

3) Lihat follower anda di twitter ! :) 

Saya berjaya tambah followers sebanyak 50 orang dalam masa 5 minit ! Tak percaya cubalah..



Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P

UPDATE EURO 2012 !


ASSALAMUALAIKUM WBT :)


Haaa..lame dah x update pasal EURO 2012 nie..Adeh maklum la game pon skg tgah2 pagi buta..Kadang2 tengok,kadang2 x..hee..Tapi yang penting my team still playing at this stage..Team ape itu? Mestilah GERMANY !!! haha..

My prediction is GERMANY will play Spain in the final day of EURO 2012 ! So ape prediction korang? GERMANY? PORTUGAL? SPAIN? ITALY? Sama-sama lah kita tunggu semi final lusa yee..:D .

Entri kali ni saya kongsikan dengan anda current info pasal EURO 2012 pada edisi kali ini..:)

Team yang akan bermain di semi final EURO 2012 :

PORTUGAL VS ESPANYOL
GERMANY VS ITALY

Photo: EURO 2012: Semi Finals Table #RoaD to The FinaL  Like , Share & Tag

STATISTIK TERKINI :



Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P

YEAYYYYY ! GEMBIRA :D


Assalamualaikum wbt :)



Haaaa..mesti korang terkejut kan kenapa tajuk entri kali ni pelik semacam..haha..tade la sebenarnya saya hepi sebab akaun Says.com saya dah naik jadi RM2.80 !!! haha..mesti korang cakap,'alah,baru cket dah seronokkkkkkkkkk !' haha..lantak pi lah korang nak cakap ape yang penting dah nampak sikit perkembangan akaun says saya.Tape la,sikit2 lama jadi bukit kan..

Sekarang ni ad kempen baru kat says.Dia tawarkan RM6 je,tapi tape la..Dapat jugak duit kan..So ape korang tunggu lagi ! Jom join Says.com dengan sepantas kilat dan dapatkan duit anda juga..:)

Anda boleh daftar di sini : Daftar Says.com sekarang !

Jangan lupa juga untuk klik recommendation ini ----> Join dan dapatkan duit anda ! untuk mengetahu cara-cara untuk daftar di Says.com :)

Want to be a future Business leader? Get all the info here!



Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P

Tuesday, 26 June 2012

Jom download RunningMan with English Subtitle :)



Assalamualaikum wbt ..:)




Apa khabar kawan-kawan blog sekalian ! :) Harapnya anda sihat sahaja di samping keluarga tercinta..Hikhik..

Adeh mengarut plak aku ni..Haa..Sape antara korang yang suka tengok Runningman ? Tipu la xde langsung yang suka kan..hee..Runningman nie best bukan ape,sebabbbbb karakter diorang yang sangat kelakar. Even diorang cakap bahasa Korea tapi ape guna Eng subtitle kan..Ngee..So kita bleyh tahu la lawak diorang camne..hee..

Aku paling suka Gwangsoo ! Dia memang 'superb BLURRRR !' Dia memang terbaek la..haha..Kali ni aku nak kongsi dengan korang macam mana nak download Runningman with Eng subs :)





Comel kan pic atas ni  ! :D

Haaa..nak download senang jeee  ! Klik je link kat bawah ni..:)
                 


Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P

Sunday, 24 June 2012

6 Tempat boleh MENGUMPAT ! -.-


ASSALAMUALAIKUM WBT :)

Baca tajuk entri ni je mesti anda semua terfikir 'eh,boleh ke kita mengumpat?' 'Mengumpat tu kan berdosa'
Hmm..Memang la mengumpat itu berdosa tapi yang membuatkan berdosanya adalah apabila kita mengumpat benda yang tidak betul.

Contohnya seorang perempuan ni freehair,then tidak lama kemudian dia mula bertudung.Mulalah cakap-cakap yang perempuan itu nak tunjuk baiklah,saja nak market lah, tapi kita tidak tahu yang perempuan itu sudah insaf,sudah bertaubat dan ingin kembali ke jalan yang benar.

Haaa..Kan kita dapat dosa free je sebab mengata dia.So disini saya ingin berkongsi dengan anda artikel dari IslamItuIndah.my mengenai 

6 TEMPAT ATAU KEADAAN YANG BOLEH KITA MENGUMPAT :


  1. Orang yang mengadu pada penguasa tentang kezaliman seseorang dengan menyebut nama orang zalim itu dan perbuatannya bertujuan untuk menghentikan kezalimannya.
  2. Orang meminta tolong bagi menghilang maksiat pada sesuatu tempat kepada yang berkemampuan dengan menyebut nama pelaku maksiat dan kesalahannya bertujuan untuk menghentikan maksiat itu
  3. Orang yang meminta fatwa daripada yang berkelayakan tentang sesuatu masalah yang terpaksa menyebut nama dan kelakuan seperti seorang isteri bertanya tentang hal suaminya dan sikapnya yang buruk
  4. Orang yang menakutkan orang Islam lain tentang kejahatan seseorang supaya terselamat daripada keburukan orang itu seperti menyebut kelakuan jahat seseorang perempuan yang diingini untuk dikahwini bila ditanya agar bakal suaminya tidak tertipu dan selamat
  5. Menyebut nama seseorang yang masyhur dengan nama buruk seperti Amin Tempang dan sebagainya
  6. Menyebut nama orang yang menzahirkan kejahatannya bertujuan supaya orang lain berhati-hati dengannya dan juga agar dia menghentikan kesalahannya itu.
Oleh itu kalau nak mengata orang tu tengoklah keadaan macam mana yer. :)



Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P

How to make money with Says.com ?


Assalamualaikum wbt :)


Malam-malam ni terasa nak share info pulak dengan korang..hee..Semalam saya baru dapat tahu satu cara lagi untuk buat wang dalam internet ni.Ia adalah Says.com !! Haa..ape tu?mula2 saya pon blur dengan mende ni.Tapi setelah baca elok-elok penerangannya,saya pon join sebab rasa macam berbaloi je kan..Kita bukan kene bayar apa yuran pendaftaran pon.

Its totally FREE !! .

So apa korang tunggu lagi?Try la sekarang sebelum terlambat.Masih ada kempen yang sedang dijalankan di Says.com untuk anda dapatkan wang. :) 

Untuk pengetahuan anda,saya baru je join semalam dan saya sudah dapat RM1.00 !! NAK BANDINGKAN DENGAN NUFFNANG ??? ZZZZ ! Belum tentu lagi kan.So come on guys,after our earning reached RM50.00,kita da boleh cashout.Kalau sehari RM1.00 JUST 50 DAYS untuk kita cashout.Tapi kalau anda pandai tarik orang untuk klik link Says tu lagi cepat la korang dapat duit. :)


So ape lagi???? Nah link untuk korang join Says.com ini ----> Daftar di SAYS.COM sekarang !


Jangan lupa juga untuk tolong penyu ini ---->Tolong kami golongan penyu ! ;(
                                                                    Eating turtle eggs should be BANNED. Agree? Pledge here!



Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P

Saturday, 23 June 2012

How To Build Community On Your Blog


Assalamualaikum wbt. :)




Bismillahirahmannirrahim :) Blogging is such a great work to do when we have free time.Despite we are being busy with our office work,we can start blogging to release our tension or just to fulfill our precious time.A good blog will create a great atmosphere among blogger in a particular community,but how we can build a community through our blog ?
Here I will show you some tips on how we can interact with other people out there just through a single click. :)

|
|
|
V

1 ) Ask your reader questions. The key to more comments and interactions on your blog is to ask your community more questions. Just remember,if you seek their input you need to respect their attempts to give it, even if it is not what you want to hear.

2) Give your readers homework. Interestingly enough, giving your readers homework to do is often a very interactive process. You might be surprised how much time readers will spend researching and reading about various questions you pose.

3) Respond to reader's questions and comments. There is nothing more reinforcing than when the chief blogger answers a specific patron's question on the blog site. There may not be a  more powerful use of the blog then this one. My rationale was that if one patron had that question then undoubtedly others did too.

4) Make readers famous. Whenever possible point out and celebrate your readers publicly.Maybe you can use blog list to celebrate them or just use GA or giveaway for the chosen readers.

p/s : In addition to these tips for blogging successfully, good bloggers have developed the knack using attractive titles for their blog post.

For the next entry I will share with you how to choose a good and eye-catchy title for your blog post. :)


Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P

Thursday, 21 June 2012

Terkini | Info Pilihanraya Mesir


Assalamualaikum wbt..:)



Alhamdulillah..Allahuakbar...!!

Itu adalah perkataan yang paling sesuai untuk kita sebut apabila mengetahui bahawa pilihanraya di Mesir telah dimenangi oleh Dr.Muhammad Morsi.Beliau adalah penaung kepada Muslim Brotherhood’s Freedom and Justice Party dan juga presiden Mesir yang pertama dipilih oleh rakyat.Entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda keadaan yang berlaku di Mesir selepas kemenangan Dr. Muhammad Morsi.



Kenyataan Dr.Muhammad Sa'ad Katatni (Speaker Dewan Rakyat Mesir) kepada agensi berita Reuters:

-Situasi yang berlaku di Algeria tidak akan diterima berulang di Mesir. Ini kerana rakyat Mesir berbeza. Mereka tidak bersenjata, kebangkitan mereka adalah kebangkitan rakyat yang aman dan ia akan berterusan.

-Langkah yang diambil oleh Majlis Tentera menunjukkan mereka berniat untuk meneruskan penguasaan dan tidak akan menyerahkan kuasa pada 30 Jun ini. Bahkan akan berterusan kepada satu tempoh yang tiada had.

-Situasi terkini mungkin akan membawa kepada kekosongan kuasa hingga perlembagaan ditulis semula yang akan memberi ruang kepada tentera untuk kekal memerintah beberapa tahun lagi.

-Tidak syak lagi kemenangan Dr.Mursi mengalahkan Syafiq yang merupakan pemerintah Angkatan Tentera Udara seperti Mubarak.

-Kami ingin katakan kepada Majlis Tentera supaya mereka pulang ke berek-berek mereka..Kepada kepentingan mereka yang utama. Di sana terdapat institusi-institusi yang dipilih rakyat bagi mentadbir negara.

Terkini | Info Pilihanraya Mesir

Tak sangka, himpunan di Tahrir dan seluruh dataran di Mesir-dari Aswan hingga ke Iskandariah menyaksikan rakyat benar-benar marah dgn campurtangan tentera. Sebelum ini,kalau kita masih ingat,setiap kali Jumaat rakyat yg pro-tentera akan mengadakan himpunan di dataran Ababsiyah,berlawan dgn mereka yg anti-tentera yg berhimpun di Tahrir. Satu pentas dgn berlatarbelakang gambar Ketua Majlis Tentera, Husin Tantawi dan pimpinan tentera lain menghiasi pentas di Abbasiyah. Tak boleh salahkan mereka juga sebab mereka tertipu dgn tentera. 



Tapi lama kelamaan,rakyat sudah nampak belang Majlis Tentera. Paling terkejut,mereka memiliki akaun khas yg tidak boleh diaudit. Kekayaan pimpinan tentera di luar pengetahuan rakyat. Gaji dan elaun Tantawi dan 19 rakannya dlm Majlis Tentera berjuta-juta sebulan. Akaun ini yg dikhuatiri akan dimansuhkan oleh Presiden baru,Dr.Muhammad Mursi. Majlis Tentera bimbang 'periuk nasi' mereka akan dikacau oleh Mursi. Itu antara sebab mereka pinda perlembagaan mengurangkan kuasa Presiden. Seolah2 Majlis Tentera Mesir sebuah badan bebas berasingan dari kerajaan.
Ikhwan Muslimin mengumumkan akan terus berkampung di Tahrir bermula semalam hingga Majlis Tentera berundur. Antara yg dilihat tiba di Tahrir semalam ialah Mahmud Khudhairi, Pengerusi Lajnah Perundangan dan Perlembagaan Dewan Rakyat yg juga Ahli Parlimen FJP Iskandariah. Menurut Khudhairi, rakyat melakukan 'kesilapan besar' bila mereka meninggalkan Tahrir selepas kejatuhan Mubarak pd 11 Februari 2011.

Syeikh Hazim Abu Ismail dilihat hadir berucap atas pentas utama di Tahrir. Beliau yg turut berkampung bersama2 rakyat di Tahrir berkata, rakyat sama sekali tidak akan meninggalkan Tahrir hingga Majlis Tentera berundur. Beliau turut menyerang Mahkamah Tinggi Perlembagaan sebagai "kotor" kerana hakim-hakimnya dilantik oleh Mubarak.


Terkini | Info Pilihanraya Mesir

Mahkamah tangguh kes pembubaran Ikhwan Muslimin dan FJP September depan.

Selepas pembubaran Dewan Rakyat, mahkamah Mesir kini membicarakan kes untuk membubarkan Ikhwan Muslimin dan sayap politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP). Mahkamah yg bersidang pd hari ini kemudian menangguhkan perbicaraan pd 1 September depan dan pembubaran partinya, FJP kepada 4 September 2012.

Ikhwan Muslimin mengharungi hari-hari yg paling getir selepas revolusi. Semoga Allah memelihara gerakan ini dan merahmati pengasasnya, Imam Hasan Al-Banna. Kepada yg suka maki dan kutuk Ikhwan, adakah anda akan tersenyum lebar dan berpuas hati dgn berita ini?

Sumber : http://www.facebook.com/pages/Nasrudin-Hassan/303331692311





Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P