Thursday, 21 June 2012

Bagaimana ingin membuat blog yang boleh menjana wang ?




Assalamualaikum wbt..:)


Pada entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai blog yang boleh membantu anda mendapatkan pendapatan sampingan.Bagaimana sesebuah blog boleh menjana wang? Konsepnya adalah berkaitan dengan pengiklanan atau advertising.Sesebuah barangan atau perkhidmatan yang ingin diiklankan di internet mestilah membayar agen pengiklanan itu dan kita sebagai blogger juga adalah salah satu agen pengiklanan itu.Dengan adanya ruang pengiklanan di blog kita,kita boleh mengiklankan barangan mereka.Namun begitu blog kita mestilah berdaftar dengan agen tengah ataupun orang tengah seperti Nuffnang,Google Adsense dan banyak lagi.Setelah mendaftarkan blog kita dengan mereka barulah mereka akan membuat pembayaran.Mereka mendapat bayaran daripada orang yang ingin mengiklankan barangan mereka,dan kita pula mendapat komisen untuk pengiklanan yang kita lakukan.Ini adalah salah satu perniagaan internet yang paling selamat dan juga halal.

Antara cara-cara untuk membuat blog yang efektif adalah 

1) Anda mestilah mempunyai sebuah blog.
     anda boleh memulakan sebuah blog dengan melayari laman web blogger : http://www.blogger.com/

2)Setelah mempunyai sebuah blog anda mestilah memenuhkan blog anda dengan info-info yang berguna dan boleh dipercayai oleh viewer anda.Jangan sesekali copy and paste daripada mana-mana website lain kerana ia akan membuatkan blog anda kurang mendapat kepercayaan sama ada daripada viewer anda ataupun dari pihak yang ingin mengiklankan barangan mereka di blog anda.

3)Anda perlu bersabar untuk mendapatkan pembayaran pertama.Biarkan blog anda lebih daripada 6 bulan ataupun tempoh matang sesebuah blog itu.Setelah matang barulah anda akan diberi peluang untuk meletakkan iklan di blog anda.

4)Langkah yang terpenting adalah anda mesti mendaftarkan blog anda untuk mendapatkan iklan-iklan tersebut.Anda boleh mendaftar dengan Nuffnang ataupun dengan GoogleAdsense.

5)Letakkan code-code iklan yang diberikan kepada anda di bahagian html di blog anda.
Anda boleh melihat tutorial di sini Tutorial untuk meletakkan code di blog.

6)Setelah anda mempunyai iklan di blog anda,pihak Nuffnang ataupun google ads akan memberi anda kempen untuk menjana wang.Selepas itu barulah anda akan dibayar berdasarkan klik atau view iklan-iklan di blog anda.

Peringatan : Blog yang efektif tidak perlu mempunyai banyak widget tetapi banyakkan info-info yang berguna dan original daripada anda.

Sekian dari saya,Selamat Mencuba ! :)



Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P

No comments:

Post a Comment