Thursday 21 June 2012

Terkini | Info Pilihanraya Mesir


Assalamualaikum wbt..:)



Alhamdulillah..Allahuakbar...!!

Itu adalah perkataan yang paling sesuai untuk kita sebut apabila mengetahui bahawa pilihanraya di Mesir telah dimenangi oleh Dr.Muhammad Morsi.Beliau adalah penaung kepada Muslim Brotherhood’s Freedom and Justice Party dan juga presiden Mesir yang pertama dipilih oleh rakyat.Entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda keadaan yang berlaku di Mesir selepas kemenangan Dr. Muhammad Morsi.



Kenyataan Dr.Muhammad Sa'ad Katatni (Speaker Dewan Rakyat Mesir) kepada agensi berita Reuters:

-Situasi yang berlaku di Algeria tidak akan diterima berulang di Mesir. Ini kerana rakyat Mesir berbeza. Mereka tidak bersenjata, kebangkitan mereka adalah kebangkitan rakyat yang aman dan ia akan berterusan.

-Langkah yang diambil oleh Majlis Tentera menunjukkan mereka berniat untuk meneruskan penguasaan dan tidak akan menyerahkan kuasa pada 30 Jun ini. Bahkan akan berterusan kepada satu tempoh yang tiada had.

-Situasi terkini mungkin akan membawa kepada kekosongan kuasa hingga perlembagaan ditulis semula yang akan memberi ruang kepada tentera untuk kekal memerintah beberapa tahun lagi.

-Tidak syak lagi kemenangan Dr.Mursi mengalahkan Syafiq yang merupakan pemerintah Angkatan Tentera Udara seperti Mubarak.

-Kami ingin katakan kepada Majlis Tentera supaya mereka pulang ke berek-berek mereka..Kepada kepentingan mereka yang utama. Di sana terdapat institusi-institusi yang dipilih rakyat bagi mentadbir negara.

Terkini | Info Pilihanraya Mesir

Tak sangka, himpunan di Tahrir dan seluruh dataran di Mesir-dari Aswan hingga ke Iskandariah menyaksikan rakyat benar-benar marah dgn campurtangan tentera. Sebelum ini,kalau kita masih ingat,setiap kali Jumaat rakyat yg pro-tentera akan mengadakan himpunan di dataran Ababsiyah,berlawan dgn mereka yg anti-tentera yg berhimpun di Tahrir. Satu pentas dgn berlatarbelakang gambar Ketua Majlis Tentera, Husin Tantawi dan pimpinan tentera lain menghiasi pentas di Abbasiyah. Tak boleh salahkan mereka juga sebab mereka tertipu dgn tentera. 



Tapi lama kelamaan,rakyat sudah nampak belang Majlis Tentera. Paling terkejut,mereka memiliki akaun khas yg tidak boleh diaudit. Kekayaan pimpinan tentera di luar pengetahuan rakyat. Gaji dan elaun Tantawi dan 19 rakannya dlm Majlis Tentera berjuta-juta sebulan. Akaun ini yg dikhuatiri akan dimansuhkan oleh Presiden baru,Dr.Muhammad Mursi. Majlis Tentera bimbang 'periuk nasi' mereka akan dikacau oleh Mursi. Itu antara sebab mereka pinda perlembagaan mengurangkan kuasa Presiden. Seolah2 Majlis Tentera Mesir sebuah badan bebas berasingan dari kerajaan.
Ikhwan Muslimin mengumumkan akan terus berkampung di Tahrir bermula semalam hingga Majlis Tentera berundur. Antara yg dilihat tiba di Tahrir semalam ialah Mahmud Khudhairi, Pengerusi Lajnah Perundangan dan Perlembagaan Dewan Rakyat yg juga Ahli Parlimen FJP Iskandariah. Menurut Khudhairi, rakyat melakukan 'kesilapan besar' bila mereka meninggalkan Tahrir selepas kejatuhan Mubarak pd 11 Februari 2011.

Syeikh Hazim Abu Ismail dilihat hadir berucap atas pentas utama di Tahrir. Beliau yg turut berkampung bersama2 rakyat di Tahrir berkata, rakyat sama sekali tidak akan meninggalkan Tahrir hingga Majlis Tentera berundur. Beliau turut menyerang Mahkamah Tinggi Perlembagaan sebagai "kotor" kerana hakim-hakimnya dilantik oleh Mubarak.


Terkini | Info Pilihanraya Mesir

Mahkamah tangguh kes pembubaran Ikhwan Muslimin dan FJP September depan.

Selepas pembubaran Dewan Rakyat, mahkamah Mesir kini membicarakan kes untuk membubarkan Ikhwan Muslimin dan sayap politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP). Mahkamah yg bersidang pd hari ini kemudian menangguhkan perbicaraan pd 1 September depan dan pembubaran partinya, FJP kepada 4 September 2012.

Ikhwan Muslimin mengharungi hari-hari yg paling getir selepas revolusi. Semoga Allah memelihara gerakan ini dan merahmati pengasasnya, Imam Hasan Al-Banna. Kepada yg suka maki dan kutuk Ikhwan, adakah anda akan tersenyum lebar dan berpuas hati dgn berita ini?

Sumber : http://www.facebook.com/pages/Nasrudin-Hassan/303331692311





Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P

No comments:

Post a Comment