Thursday, 26 July 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan


Assalamualaikum wbt :)


Ramadan bulan mulia tiba lagi menjengah umat Muhammad di muka bumi ini. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat bulan yang penuh dengan barakah ini. Jadi apa checklist anda untuk bulan ini ? Harapnya anda juga tidak melepaskan peluang untuk berlumba-lumba mencari pahala yang tidak terkira banyaknya di bulan ini. Jom kita tengok checklist Ramadan ini yang mungkin berguna untuk anda di masa-masa akan datang =) 

Checklist Ramadan Saya : 


pic : mrgoogle =)

Since kita dalam bulan yang mulia ni, aku nak kita check balik amalan kita selama ini. Adakah amalan kita semuanya diterima Allah s.w.t ? Masya Allah, betapa kita sendiri tidak tahu sama ada amalan kita diterima atau pun tidak. Berapa banyak dosa / pahala yang telah kita lakukan ? Berapa banyak amal kebajikan yang telah kita lakukan ? Adakah itu semua cukup untuk menjadi bekal kita di hari perhitungan kelak ? 

Kalau sebelum ini kita masih belum berubah dari tabiat buruk kita, marilah kita sama-sama berubah. Tinggalkanlah apa yang buruk dan bukalah buku yang baru. InsyaAllah dipermudahkan. Kadan-kadang kita tidak sedar akan dosa yang kita lakukan dalam hari-hari yang kita lalui, Bagaimana kita melayan orang disekeliling kita yakn hubungan sesama manusia, hubungan kita dengan makhluk Allah yang lain, dan yang paling penting hubungan kita dengan Pencipta kita.

 'Leka' itu mungkin perkataan paling sesuai yang boleh digambarkan untuk kita pada zaman ini. 


pic : mrgoogle =)

Sentiasa leka dengan duniawi sehingga kita lupa akan akhirawi. Kadang-kadang kita terkejar-kejar akan pelajaran, pekerjaan, hiburan sehingga kita lupa yang itu semua hanya pinjaman semata-mata. Bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik nikmat itu semua daripada kita. Masih lagi mahu sombong dan tidak bersyukur ? Pernahkah kita membayangkan bagaimana kehidupan di negara yang agama kita yakni Islam ditindas? Negara yang mana hak sebagai manusia itu sendiri dinafikan, dan semata-mata kerana kekayaan dan politik, nyawa dipertaruhkan. Tidak lagi mahu bersyukur kita yang hidup di Malaysia ini ? Please dont take a thing for granted !. Jangan kita pernah cepat selesa dengan takuk ini. Kita kena move forward and save our ummah. Not only here but also hereafter. 

InsyaAllah bulan Ramadan ini kita boleh mengubah semua itu. Sentiasa mendoakan kesejahteraan sesama insan dan buangkanlah sifat dengki mendengki. Tidak ada faedahnya pon kita saling bermusuhan kerana itu hanya akan membawa kepada perpecahan ummah. Kalau dari zaman persekolahan pun budak-budak sekarang dah pandai mencarut-carut di fb atau twitter atau blog, apatah lagi yang meningkat dewasa? Bahasa melambangkan bangsa beb. Apa pandangan masyarakat luar terhadap sistem pendidikan anak-anak di negara Islam macam Malaysia ni ? Sudah tentu negatif dan kita tidak mahu semua itu. Kita mahu menjadi negara yang dipandang tinggi oleh masyarakat atau agama lain sebab kita negara Malaysia (negara yang majoritinya beragama Islam). 

Akhir kata, jadikanlah bulan ini sebagai platform untuk kita berubah ke arah lebih baik. Tapi jengan sekerat jalan je, raya kang back to basic. No no no. Biarlah kita tidak kaya di dunia tapi kita kaya amal untuk dibawa ke akhirat kelak. 

Salam Ramadan dari saya @damTheWriter =)


pic : mrgoogle =)





*Nukilan @damTheWriter  : 6.05 a.m 6th Ramadan*

Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P

No comments:

Post a Comment