Thursday 12 July 2012

Updated : Keputusan Permohonan ke IPTA sesi akademik 2012/2013 diketahui pada 13.7.2012(Jumaat)


Assalamualaikum wbt :)



Kuala Lumpur - Keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM atau setaraf bagi sesi akademik 2012/2013 akan diumumkan Jumaat ini (13.7.2012).


Pemangku Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Ismail Nor Hassan Basri berkata calon yang memohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai pukul 12 tengah hari.


"Pemohon boleh menyemak permohonan mereka menerusi tiga saluran utama iaitu laman sesawang KPT ; talian bantuan (Helpline), talian hotline; dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.


Calon boleh menyemak menerusi laman web http://upu.mohe.gov.my atau di talian hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777 dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) ; UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.


Menurut laman sesawang KPT, keputusan kemasukan permohonan akan dikeluarkan pada minggu kedua bulan Julai tetapi tiada tarikh dinyatakan.


Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa menafikan berlakunya kelewatan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA.


"Keputusan bukan lambat. Memang 13 Julai telah ditetapkan.Keputusan belum boleh disemak,belum dimasukkan ke dalam sistem. Pemilihan akhir oleh Universiti sedang berlangsung," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.


-Bagi calon yang memohon melalui penerapan UiTM,anda boleh semak status permohonan di laman web http://online.uitm.edu.my./ .Tarikh sebenar untuk semakan juga belum dikeluarkan,tetapi anda boleh keep update dengan laman web itu.


p/s : Gudluck tuk semua calon yang memohon..Hope korang dapat ape yg korang impikan..:)..*Doa untuk diri sendiri juga..:D






Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P

No comments:

Post a Comment