Thursday, 26 July 2012

Cinta kita Cinta Monyet ?


Assalamualaikum wbt :)

heyy..korg pose x arini? lau pose thumbs up tuk korg,same cam aku =)..Tapi kalau korg x pose make sure ada alsan yang kukuh k, bulan tengah merah ke, uzur ke, sakit ke..tu baru reason yang betul,bukan pening pale or demam tau..k lah, kali ni aku tanak cite pasal pose pon..aku nak berceloteh pasal cintaaaaa..=D..

Korang penah bercinta? *PENAH2! *XPERNAH2 ! -.-..k tape..sape yang pernah tu aku ada soalan tuk korg..yg x pernah tu sory la yer..naty klau korg rase2 nak bercintan cintun baru bley jwb soklan aku ni...=D..k soklan aku adalah, bagaimana yang dimaksudkan dengan 'i love u' atau 'aku cinta kamu' atau 'wo ai ni' atau 'aishiteru' bagi korang yang bercinta ni ? 


oooopp JAP ! aku ni tanya org aku x penah bercinta ke ? -.-..k finee..aku pon pernah ber'cinta'..kot..so disebabkan ni blog aku,aku la jwb dlu yer..*ceh,tye soklan sndri yg jwb..-.-..Bagi aku la kan, apa yang aku paham dengan perkataan 'aku cinta kamu' adalah perkataan itu hanya kita akan luahkan pada seseorang yang buat hidup kita miserable..what i mean is orang itu buat kita tidur tak mimpi, makan  tak minum, n mandi pon kering je..dia lah yang buat hari2 kita sentiasa ceria..bila kita tengok muka dia ataupun tengok gambar je la, kita akan rasa tenang je..bila ada dekat dengan dia kita akan rasa diri ni beruntung sangat..Biarpun dia tidak cantik,dia tidak hensem tapi perasaan bersyukur itu hadir dengan tiba2..Kita rasa bersyukur sebab mempunyai dia dalam hidup ini..

Yes aku memang pernah merasai perasaan tu..sangat2 bahagia..bagaikan x ad ape dalam dunia ni yang dapat menggantikan dia..siyesly k..ni based on true story tau..BUT that moment only came 4 a while in my chapter of life..sebab apa kenangan indah selalu sahaja datang sekejap dan kemudian ia pergi ? Hanya satu jawapannya iaitu ketentuan Ilahi..Kenapa Allah s.w.t membuat keputusan untuk membiarkan kita bahagia hanya seketika? sebabnya Allah nak kita tahu bahawa kebahagiaan abadi hanyalah boleh dikecapi di dalam syurga kelak..And how to get in there? Semestinya kita kena beribadah,sentiasa bersyukur dan sentiasa melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah olehNya..Tiada apa yang kekal di dalam dunia ini termasuklah kebahagiaan ber'cinta' itu..


Tapi kenapa wujudnya perkataan itu ? Betapa indah perkataan itu,tapi sayang sekali tidak digunakan..Cinta itu sememangnya wujud..Cinta para sahabat pada Rasulullah s.a.w, Cinta Siti Khadijah pada Rasulullah, Cinta Rasulullah pada Allah s.w.r..itu lah yang dinamakan cinta..Tapi kita  bukan Rasul yang sahabat nak cinta, kita bukan Siti Khadijah yang tergila2kan Rasulullah, Ye memang kita bukan Rasul Allah untuk mendapat tahap cinta seperti itu, tapi kita juga hamba Allah yakni kita umat Nabi Muhammad yang terakhir jadi kita harus mengikut cara-cara Nabi kita..apa yang dikatakan sunnah itu yang harus kita ikuti..Bagaimana tulusnya cinta Rasulullah pada isteri2 baginda, pada anak2 baginda..itulah cinta yang sebenar yang harus kita lakukan..

InsyaAllah akan diikut..Tapi apa maksud 'cinta' remaja masa kini ? Di zaman persekolahan,di universiti ? Tidak lain tidak bukan ya itulah CINTA MONYET ataupun cinta pura-pura..Selagi belum ada ikatan antara seorang Adam dan Hawa itu maka tiadalah istilah 'kapel' antara mareka..Perasaan yang wujud hanyalah dari dorongan nafsu muda dan gelak tawa syaitan yang hampir berjaya membawa pasangan ini ke lembah maksiat..Tetapi apabila Adam dan Hawa itu diijabkabulkan, maka menangis air mata darahlah syaitan itu kerana gagal memesongkan remaja ini daripada agama suci Islam..

*cinta Monyet =P..

Jadi moral of the story, xpayah la bercintan cintun ni..yang baru2 nak start tu pikirlah dua tiga kali sebelum buat keputusan..Buat solat sunat ke..mintak petunjuk dariNya..Korang kene ingat k yang tiada istilah 'kapel' dalam Islam..Ulama'2 juga telah menfatwakan yang kapel itu haram disisi Islam..Bak kata UAI, kalau korang suke kat seseorang tu, terus g jumpa mak ayah dia, mintak restu nak nikah..Untung2 terima terus dapat kawin ye dok? =D

*Nukilan @damTheWriter : 3.45 pm 6th Ramadhan*

Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P

7 comments:

  1. wahh, betul2... sebenarnya tiada istilah kapel dalam Islam.. ena dlu pun pernah cinta monyet ni, cinta dibelakang takbir mak bapak.. memang terseksa.. hurmm.. btw nice sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee..yup..n now ena da dapat apa itu cinta kan ? ;) just share pndapat je ni..XD

      Delete
  2. isk3.. sy sdang di lamun cinta..
    tp insyaALLAH bila smpai masa yer.. sy nk lamar die sbg isteri supaya jd yg halal buat sy

    ReplyDelete
  3. lelaki yang baik,
    tidak akan pernah BERANI menyentuh kamu!
    dia akan sangat takut melakukan itu.
    bahkan lelaki yang lebih baik,
    adalah lelaki yang tidak pernah berani menyentuh hati kamu,
    sebelum masanya.
    sebelum dia sedia.
    sebelum dia punya matlamat yang jelas.
    sebelum dia punya niat mengikat dengan akad.

    ReplyDelete
  4. nice entry... :)
    Cinta selepas nikah adalah cinta yang sebenar..
    betul x?? heheh

    ReplyDelete