Monday, 2 July 2012

Its July 2012 !


Assalamualaikum wbt..:)


Apa khabar readers2 sekalian..Harapnya anda sihat sahaja..Baiklah,alhamdulillah blog saya sudah pun masuk bulan yang ketiga..Wahh..sedar tak sedar dah 3 bulan..hee..Tapi yang aktif pon bulan April n Jun je..Bulan May haritu langsung tade post..hikhik..Yela baru timbul rasa nak jadi blogger yang aktif kan..:D..
Ok lah,selama 3 bulan ni trafik blog saya tade lah tinggi mana pon,setakat dalam sehari tu dalam lingkungan 50 pageviews sahaja..Tapi tape baru permulaan kan,InsyaAllah lama2 nanti makin tinggila trafik blog saya..:)..

-PUASA- !!


 EH,tetiba je terkeluar perkataan tuh..haaaa..puasa pon dah xlame ni..lagi 18 hari je wehhhhhh ! err..yeke..yelaaa sayang2 oiii..yang kaum Hawa tu dah habis ganti ke ?Haaa..lau belum pandai2 la  ganti yerr..kang taun ni bertambah lagi..hikhik..InsyaAllah sempena nak bulan puasa ni,saya nak kongsi sedikit ilmu dengan anda semua berkenaan HARI-HARI YANG DIHARAMKAN PUASA GANTI !..


Artikel ini telah saya dapatkan dari laman web ---> www.islamituindah.my


PUASA SELEPAS NISFU SYA’BAN

Sabda Nabi s.a.w.;
إِذَا بقي نصفٌ من شَعبَانَ فَلاَ تصُومُوا
“Apabila berbaki separuh dari bulan Sya’ban maka janganlah kamu berpuasa”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.)
Berdasarkan hadis ini dilarang berpuasa selepas nisfu Sya’ban bermula dari tanggal 16 haribulan hinggalah akhir bulan terutamanya sehari atau dua hari sebelum Ramahan (termasuklah hari Syak yang akan disebutkan nanti), sama ada puasa sunat atau puasa kerana ihtiyat (yakni dengan niat puasa Ramadhan sebagai berhati-hati) yang kebiasaannya berlaku di penghujung Sya’ban. Menurut Imam ar-Ruyani; mendahului Ramadhan dengan puasa selepas nisfu Sya’ban hukumnya adalah makruh. Adapun sehari atau dua hari sebelumnya, maka hukumnya adalah haram.
Namun menurut ulamak dikecualikan dari larangan berpuasa selepas Nisfu Sya’ban di atas orang-orang berikut;
Orang yang menyambung puasa yang dimulainya sebelum bulan Sya’ban masuk separuh kedua (yakni sebelum tanggal 16 haribulan) sekurang-kurangnya puasa pada hari nisfu Sya’ban. Dan disyaratkan puasanya itu berterusan hinggalah ke penghujung Sya’ban.
Orang yang mempunyai kebiasaan puasa tertentu seperti puasa isnin dan khamis, puasa selang sehari atau puasa ad-dahri, kemudian puasanya itu secara kebetulannya melintasi hari-hari selepas nisfu Sya’ban.
Orang-orang yang berpuasa dengan bersebab seperti nazar, kaffarah atau Qadha’ (termasuklah qadha’ puasa sunat).


PUASA SEHARI ATAU DUA HARI SEBELUM RAMADHAN

Dilarang berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan berdalilkan sabda Rasulullah s.a.w. iaitu;
لا تَقَدَّمُوا شَهرَ رَمضَانَ بصَوْمِ يَوْمٍ أَوْ يَوْمََيْنِ إِلاَّ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ
“Janganlah engkau mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seorang yang sudah biasa berpuasa, maka bolehlah ia berpuasa”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
Sebahagian ulama’ berpendapat; pengharaman tersebut adalah dengan niat ihtiyat kepada Ramadhan. Namun bagi ulama’-ulama’ mazhab Syafi’ie; pengharaman tersebut merangkumi juga puasa sunat kecuali dalam bagi tiga orang yang disebut tadi;

1)Orang yang menyambung puasa yang dilakukan sebelumnya
2)Orang yang puasa kerana kebetulan dengan kebiasaan berpuasanya.
3)Orang berpuasa dengan bersebab seperti puasa Qadha, Nazar dan sebagainya.

PUASA HARI SYAK


Dilarang berpuasa pada hari syak berdalilkan hadis dari ‘Ammar bin Yasir r.a. yang menceritakan;
من صَامَ اليومَ الَّذِي شُكَّ فِيهِ فقد عصَى أَبا القاسمِ
“Sesiapa berpuasa pada hari syak, maka sesungguhnya ia mengingkari Abal-Qasim (gelaran bagi Rasulullah s.a.w.)”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)
Hari syak ialah hari ke 30 Sya’ban yang timbul syak atau keraguan di kalangan orang ramai; apakah ia masih bulan Sya’ban atau telah masuk bulan Ramadhan? Keraguan itu timbul kerana ada suara-suara yang memperkata atau menghebohkan bahawa anak bulan Ramadhan telah kelihatan, namun tidak ada saksi yang adil atau yang boleh diterima yang memberitahu atau mendakwa ia melihat anak bulan itu. Hari syak ini diharamkan berpuasa sama ada dengan niat puasa Ramadhan sebagai ihtiyaht (yakni berhati-hati) atau puasa sunat. Jika ada yang berpuasa juga pada hari syak, puasanya batal dan ia berdosa. Walau bagaimanapun, dikecualikan larangan tersebut dari tiga orang yang disebut tadi.

Wallahu a’lam.
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil

Nota Kakiku : Dah bace? Ace komen ke like ke =P

2 comments: